Khamis, 8 Disember 2011

Kata Nafi

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh ayat.
1. Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
2. Ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.


Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa
adjektif.

Contoh ayat.
1. Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
2. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.


Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh ayat.
1. Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
2. Kucing itu bukan garang tetapi suka bermanja.


Selasa, 6 Disember 2011

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 6

 

Kata Perintah


KATA PERINTAH

1.      Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberi arahan atau menyuruh seseorang untuk mematuhi arahan, larangan, silaan dan harapan.
2.      Kata perintah digunakan untuk membentuk ayat perintah.


Kata Perintah


Penggunaan

Ayat Contoh
sila
menyuruh dengan sopan
Sila masuk ke rumah saya.
tolong
meminta bantuan
Tolong tutup lampu itu.
jemput
mengajak atau mempersilakan
Jemput hadir ke majlis rumah terbuka saya.
harap
memohon pengharapan
Harap semua peserta memberi kerjasama.
usah
larangan yang lembut
Usah lupa nasihat ayah dan ibu.
jangan
larangan yang keras
Jangan bermain di kawasan lombong itu.