View more documents from ibnu jaafar al-jawharey
Jumaat, 9 Disember 2011
Khamis, 8 Disember 2011
Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh ayat.
1. Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
2. Ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa
adjektif.
Contoh ayat.
1. Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
2. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh ayat.
1. Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
2. Kucing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Selasa, 6 Disember 2011
Kata Perintah
KATA PERINTAH
1. Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberi arahan atau menyuruh seseorang untuk mematuhi arahan, larangan, silaan dan harapan.
2. Kata perintah digunakan untuk membentuk ayat perintah.
Kata Perintah | Penggunaan | Ayat Contoh |
sila | menyuruh dengan sopan | Sila masuk ke rumah saya. |
tolong | meminta bantuan | Tolong tutup lampu itu. |
jemput | mengajak atau mempersilakan | Jemput hadir ke majlis rumah terbuka saya. |
harap | memohon pengharapan | Harap semua peserta memberi kerjasama. |
usah | larangan yang lembut | Usah lupa nasihat ayah dan ibu. |
jangan | larangan yang keras | Jangan bermain di kawasan lombong itu. |
Langgan:
Catatan (Atom)